Tidak tahan dengan tangisan, suami isteri campak bayi dalam perigi
- kamu belumtau
- 23 Mei 2023
- 1 menit membaca
kamubelumtau.com - Sepasang suami isteri didakwa membunuh bayi mereka yang berusia tiga bulan dengan mencampaknya ke dalam perigidi Jepara, Jawa Tengah.
Ketua Polis Jepara, Ahmad Masdar Tohari berkata, suami isteri masing-masing berusia 44 dan 31 tahun itu sempat mereka cerita dan membuat laporan palsu mengenai anak mereka di balai polis.
Katanya, pasangan itu memberitahu mereka terkejut bayi mereka hilang secara tiba-tiba di dalam bilik.
āSelepas menerima laporan itu, pasukan polis dikerahkan melakukan operasi pencarian sehinggalah mayat bayi itu ditemukan dalam perigi.
āHasil soal siasat akhirnya membuahkan hasil apabila ibu bapa bayi berkenaan mengakui mereka mencampakkan anak mereka ke dalam perigi itu kerana tidka tahan bayi tersebut asyik menangis serta sering sakit.
āMereka menceritakan, bayi itu sedang tidur ketika dicampakkan ke dalam perigi sedalam 20 meter,ā katanya.
Pasangan suami isteri itu mempunyai dua anak lagi dan faktor ekonomi juga didakwa menjadi punca mereka membuat keputusan membunuh bayi sendiri.
Hal ini kerana, si suami bekerja sebagai buruh kasar, manakala isterinya hanya suri rumah tangga.
Posted by : kamubelumtau
ć³ć”ć³ć